Showing posts with label world. Show all posts
Showing posts with label world. Show all posts

Thursday, 26 May 2011

Fuuuuu...

Jom bace fakta menarik tenteng Jutawan Microsoft, Bill Gates.. 

senyum pon duit masuk...apedehal?

1.Setiap saat, Bill Gates menjana pendapatan sebanyak US$250(RM750) setiap SAAT. Iaitu bermaksud US$20 Million (RM60 Juta) dalam sehari, US$140 Million (RM420 Juta) dalam tempoh 1 Minggu dan US$7.8 Billion (RM23.4 Bilion) dalam setahun!

2.Jika US$1,000 tercicir dari poket Bill Gates, itu bukannya masalah besar bagi dia. Dia akan memperolehi jumlah tersebut dalam masa 4 Saat sahaja.

3.Kerajaan Amerika menanggung hutang berjumlah US$5.62 trillion. Jika Bill Gates sudi menjelaskan hutang tersebut, dia cuma memerlukan 10 tahun sahaja utk melakukannya.

4.Andai kata, dia mensedekahkan US$15 (RM45) kepada setiap orang di dunia ini, dia masih memiliki US$5Million (RM15 Juta) dalam simpanannya.

5.Jika Bill Gates di anggap sebagai sebuah negara, dia merupakan negara yg ke 37 terkaya di dunia.  Lebih kaya dari Malaysia ke? Not sure.

6.Katakanlah Bill Gates menukarkan kesemua wangnya menjadi wang kertas US$1 dan menyusunkan wang tersebut dari bumi hingga ke bulan. Kita memerlukan perjalanan ulang-alik sebanyak 14 kali dan memakan masa tanpa henti selama 1,400 tahun serta memerlukan sejumlah 713 kapal terbang BOEING 747 untuk membawa wang tersebut.

7.Usia Bill Gates sekarang dalam lingkungan 50an. Katakanlah dia boleh hidup 25 tahun lagi, dia perlu membelanjakan US$6.78 Million (RM20.34 Juta) dalam sehari utk menghabiskan wangnya sebelum dia meninggal dunia.

fuuuuuu....

Monday, 23 May 2011

Lambo Jejai

Ini gamba Lamboghini Jejai, balak si Fasha Sandha n ex-husband Nora Danish...gile stylo ngan no plat special name die JEJ41...duit banyak ape de hal? Kete mahal, awek cun sume bole dapat...



Sunday, 15 May 2011

Paling Mahal


Lamborghini Sesto Elemento

Kereta sport termahal di dunia kini bertukar takhta apabila kereta Lamborghini buatan Itali berjaya memintas pendahulu sebelum ini, Bugatti Veyron.

Kereta Lamborghini Sesto Elemento itu dijual dengan perbezaan harga £170 ribu (RM830,389) dengan nilai £1.77 juta (RM8.7 juta).

Bagaimanapun, kereta Lamborghini Sesto Elemento yang memiliki kelajuan 321km/h masih tidak dapat menandingi Bugatti Veyron 16.4 Grand Sport buatan Jerman dengan kelajuan maksimum 407km/h.

Kereta terbaru Lamborghini itu menggunakan enjin 5.2 liter V10 dan beratnya kurang satu tan.

Hanya 20 buah unit kereta itu akan dibina.



Monday, 2 May 2011

Osama terbunuh?


Setelah memperoleh bukti yang jelas, aku terpaksa mengedit entry ini...gambar arwah Osama bawah ni sebenarnya bukan dikeluarkan oleh pihak US, tapi Pakistan...pihak US sudah mngarahkan media untuk menarik balik penggunaan gambar tersebut...n sebab kenapa mayat Osama di buang ke laut, baca sini


gambar oleh pihak berkuasa Pakistan



Wednesday, 27 April 2011

Mari menguji minda


Cube teka gamba ape bawah ni? Salah! haha...ni adelah gamba kontena yang bertimbun2....dari atas memang nampak kecik je, tapi kalo da tersepit kat bawah tu, memang konpem sesat...gamba ni diambil mase tsunami kat Jepon aritu....


anda fikir ini lego?

Ni lagi satu gamba...rumah2 kat Jepon dibina khusus untuk tahan gempa bumi...dorang x wat piling (cerucuk) macam kat Malaysia ni....so kalo stakat gempa bumi tu rilek je la...tapi skali yang datang banjir pulak...memang xleh wat pape la...redha je...


have a safe cruise... :)


Monday, 18 April 2011

cuti


Oh yeah!! da stat cuti...tapi bosan lak xde wat pape...asek on9, tgk tb, makan, tido, sakat adik2...haddoi...ok, nak cite pasal keje lak...semalam Sabtuday n Sunday aku kene keje...at least dapat la duit untuk dihabiskan time cuti nih...huhu...so semalam ade customer dari Malaysia, US, UK, Ireland n Finland...hari Sabtu lak ade la customer dari Sweden, US n Malaysia of coz...dorang sume ok la, sporting...aku pon xde masalah speaking ngan dorg...tapi yg jadi masalah bile speaking ngan orang UK ni...slang die mak ai..xle nak tangkap langsung pe yg die cakap...so aku mengiyekan je la ape yg die bebelkan...huh..yg len2 tu ok la sebab dorg ade bahase negara masing2 kecuali US, so dorg cakap English baku yg mudah difahami...oh ya, Australian pon boleh tahan jugak English dorg...berbelit2...haha


Yesterday a friend told me dat Tiara Jacquelina had been at Skytrex during my exam week..she brought along 3 bodyguards with her...huh? while she played, one of them play before her, one following after her, and another one is watching from the ground...dunno for what purpose...might be in case if Tiara fell down so the guy can catch her...wtf lao? haha...

Okeh, now the most top movie at Malaysia billboard this week...lol



Friday, 15 April 2011

Berita Menarik Hari Ini

Remaja hidu pen marker ganti gam

PUTRAJAYA – Tidak cukup menghidu gam dan minyak petrol, kini ada sebilangan remaja di negara ini melepaskan gian menghidu bahan alkohol dan bahan kimia yang terdapat di dalam dakwat pen penanda atau marker.

Teknik terbaharu itu didedahkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) ekoran beberapa operasi pihaknya sejak kebelakangan ini. Ketua Pengarah AADK, Datuk Zuraidah Mohamed berkata, harga pen berkenaan yang jauh lebih murah selain mudah diperoleh di pasaran juga dipercayai menjadi punca ia pilihan utama remaja sebelum berjinak-jinak dengan dadah sebenar.

 nyum nyum

“Caranya, mereka menghidu kepala pen ini sekuat mungkin bagi mendapatkan kesan khayal yang maksimum dan tidak kisah jika hidung diwarnai dakwat sekalipun kerana yang penting mereka khayal,” ujarnya selepas Majlis Anugerah Cemerlang AADK 2010 yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop di sini semalam. 

lagi berita klik sini


Kontroversi pornografi Indonesia

KETIKA Indonesia masih bergelut dengan masalah sosial yang meruncing akibat gejala penyebaran kandungan pornografi di kalangan remajanya, Ahli Parlimen dari Parti Keadilan Sejahtera (PKS), Arifinto pantas mencipta satu lagi episod memalukan negara berkenaan dengan gelagatnya menonton video lucah semasa persidangan Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Jumaat lalu.

Lebih memalukan rakyat Indonesia kerana Arifinto merupakan antara individu yang bertanggungjawab meluluskan undang-undang antipornografi di Indonesia sejak tahun 2008. Pengkritik Indonesia lantas menggelarnya sebagai manusia hipokrit dan mahu dia dihukum di bawah undang-undang yang sama.

 kantoi busuk

lagi berita klik sini

lagi berita pegi beli paper sendiri

p/s: aku pon suke bau minyak petrol...sedap!


Wednesday, 13 April 2011

Awesome Morning...


Morning u olls...bahagianye arini...exam da abes, bangun2 tgk livescore MU menang....huhu...eh, da semayang Subuh tadi k...hehe...tapi sedey terlepas nak tgk live...da set jam tapi x sedar langsung...sebab rasenye sepanjang 2 minggu exam ni, malam tadi la tido yg paling lena...hukhuk...

oh yeah!

So I officially mengumumkan sem break telah pon bermula...tapi malas pulak nak kemas barang2 nih...rase cam xnak balik je...pasni kalo x amik short semester cuti 5 bulan la...lame tuh...nanti mesti rindu kat kawan2...tapi kalo keje pon masyuk gak...5k dalam tangan...heheh....cuti ni aku dah plan nak bela rambut panjang2...nak buat raye...hukhuk....
Ok lah, nak sambung tido...da cuti pon nak bangun awal watpe...da terbiase kot time exam bangun awal...Selamat Bercuti kat kawan2 sume...sesaper yg ade exam lagi, all the best....sape yg da abes exam tu, teroskan berdoa semoga dapat result yg cemerlang n dapat dean list...adios..zzzZZzzz

Sebelum tu, jom layan Najwa Latif...


Saturday, 12 March 2011

Ombak Jahat?

TOKYO - Pada jam 6.57 pagi waktu tempatan, Jepun telah dilanda gempa bumi yang kuat. Gempa dengan kekuatan 8.9 pada skala Richter yang berpusat 130 kilometer dari pantai timur laut Sendai,  Honshu pada kedalaman 24 kilometer (km) itu turut menghasilkan gelombang tsunami pada kelajuan 1,000 km/j. Sendai terletak 400 km dari Tokyo.Angka kematian rasmi bencana tersebut setakat ini kekal
 melebihi 574 orang dengan 1,115 lagi masih hilang manakala 1,128 yang lain cedera.Lebih 80,000 orang dikhuatiri terkorban akibat gempa bumi dan tsunami terburuk dalam tempoh 140 tahun. Penduduk negara matahari terbit itu kini berdepan  pula dengan kebocoran radioaktif yang boleh membawa maut.



p/s: Secanggih mane pon teknologi, xkan dapat melawan kuasa Allah....Nauzubillah...