Showing posts with label facebook. Show all posts
Showing posts with label facebook. Show all posts

Thursday, 31 March 2011

1st paper done!


Alhamdulillah, done with my very first paper...not going to comment anything about dat, but since the lecturer allow us to bring our own formula sheet, it helps me a lot.... :)

Already having my lunch, now i'm going to take a quick nap before proceed to the next subject...zzZZzz




Meanwhile, an unpredicted confession from a 'dogged' person (google translator)...in malay we call 'mantap'... lol


p/s: not me, but that guy in blue shirt... =.='


Friday, 18 March 2011

4 golongan lelaki ke neraka

Pertama: 'Ayahnya' - Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua: 'Suaminya' - Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga: 'Abang-abangnya' - Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat: 'Anak Lelakinya' - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidaksilap firman Allah S.W.T.:-

"Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka,di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda..Kesiankanlah mereka dan juga diri kamu sendiri..jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas.. :)

Monday, 14 March 2011

Wakaka...

Harini terbaca satu note dari facebook yang agak menarik...pasal sorg menteri yg x brape nak pandai cakap jawe melayu...patotnye dah jadi menteri kat Malaysia ni, kene la belajar cakap melayu...adoi...papepon layan...

DS Samy Vellu finally and officially resigned from his post of the longest MIC President ever live, after leading the party for almost 31 years. The Malaysian Insiders has its story,here.Therefore,I just wanna share his famous quotes ever made by the one and only, Samy Vellu.

1. Samy Velu quoted on Pos Laju:

"Besoh kirim, hari ini juga sampai"


2. On one TV news when he tried to say he felt very ashamed:

"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"


3. Samy said in one of his "ceramah":

"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Then one pakcik asked, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" And Samy gloriously replied, "Kalao takde sungai, kita bina sungai"


4. Samy's most favourite quote on the news for the decade is this:

"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!"


5. During water crisis:

"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"


6. On social society's problem:

"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"


7. During blood donation's program at Sungai Siput:

"Marilah kita semua menderma dare"


8. His welcome speech in most of his functions:

"Selamat datang saudara-mara semua" (It should have been "saudara-saudari")


9. During the height of the Al-Arqam's saga, he said in a press conference:

"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"


10. At an opening ceremony for a new building:

"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain"


And of course the world's greatest joke of all times:

"Bagi saya, ini semua adalah satu pembaziran atas duit rakyat. Kita sepatutnya tidak hantar mereka ke bulan, tapi hantar mereka pegi matahari. Barulah USA, Russia, respect sama kita...."

One of the reporter responded,"Tapi Dato' Seri, matahari kan panas. Macam mana mau pergi sana?"

"Cit! itu pasal la u tara jadi mintri. Saya suda lebey 30 tahun jadi mintri, saya musti ada jalan penyelesaian. Kita jangan pergi siang, manyak panas. kita pigi malam, baru ada sujuuuuuk......
Hahaha....
Datuk Seri S.Samy Vellu

Friday, 4 March 2011

7 kalimah yang perlu dihafal n diucap

Barangsiapa yg hafal & mengamalkan 7 kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah & malaikat & akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..

1.
Bismillahhirrahmannirrahim : pada tiap2 kali hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulliah :pada tiap2 habis melakukan sesuatu.

3. Astagfirrullahhal azim :jika tersilap mengatakan sesuatu yg buruk.

4. Insyaallah :jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquataillahbillah :bila tidak dapat melakukan sesuatu yg agak berat atau melihat sesuatu yg buruk.

6. Innalillah :jika menghadapi musibah/melihat kematian.

7. Laailaahaillallah :bacalah sepanjang siang & malam sebanyak-
banyaknya. Amalkanlah selalu moga2 kita tergolong dikalangan orang yg terpilih oleh Allah.

"siapa yg menyampaikan satu ilmu & orang yg mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada...."

Friday, 25 February 2011

Janganlah Buat Orang Yang Mencintai Kamu Kecewa....

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

 11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

 12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

 14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

p/s: aku tertarik dgn post ni sbb some of the points ade kene mngene ngn aku...ecece